Peruntukan 19 pakej lebuh raya Pan Borneo fasa pertama di Sabah bernilai 12.7 bilion ringgit telah diluluskan kerajaan.<br /><br />Bagaimanapun kata Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof jumlah itu adalah anggaran awal yang diberikan tetapi masih belum dimuktamadkan kerana mengambil kira kaedah perolehan.<br /><br />Malah dengan kelulusan ini, Inisiatif Kewangan Swasta (PFI) yang dicadangkan sebelum ini tidak akan diguna pakai.